Wednesday, August 11, 2010

Pertama Ramadhan~

Sayunya rasa hati bila permulaan Ramadhan disambut tanpa keluarga disisi; namun Allah tetap memberi nikmat gembira apabila Ramadhan pertama dinanti penuh debaran dibumi tokyo; tatkala kaki melangkah masuk ke dalam masjid otsuka; terasa hati begitu tenang melihat berdiri kukuh sebuah lagi rumah Allah dibumi tokyo; sementara menunggu pengumuman Ramadhan; saya dan rakan dipertemukan dengan seorang mu'alaf wanita; beliau wanita jepun yang memeluk Islam dan nama Islamnya Zainab; subhanallah; peribadi secantik namanya; lama berbual, terpancar riak-riak gembira diwajah beliau tatkala menunggu imam dibahagian atas mengumumkan bila bermula satu Ramadhan tahun ini; beliau tidak kekok bergaul; ada juga saya bertanya; sama ke hari bermula puasa di jepun dan malaysia; katanya Jepun akan mula puasa sama macam malaysia; sebab jepun akan confirmkan dengan ahli falaq di Malaysia memandangkan negara islam paling dekat dengan Jepun adalah Malaysia; dan apabila imam mengumumkan esok(hari ini) akan bermula satu Ramadhan, mu'alaf tadi terus bersalaman sambil mengucap "Ramadhan kareem" kepada kami; apa yang buat saya terharu; terpancar di wajahnya riak-riak gembira menanti Ramadhan; sedangkan mungkin ada orang yang lahirnya dalam islam masih tidal tahu menghargai Ramadhan; harapan saya semoga Ramadhan kali ini membuahkan takwa dalam diri saya, keluarga,rakan-rakan, guru-guru, senior-senior, junior-junior. Kerana Ramadhan itu hadiahnya takwa~

No comments:

Post a Comment

sugar(s)