Monday, August 30, 2010

- kisah baitO mOmo -

salam Ramadhan;
lama betul semut menyepi
pagi2 yang indah ni rasa nak mengupdate blog plak; hihi
nak bercerita pasal pengalaman buat baito ( part time job) di ladang momo
momo ni buah yang enak; ( itu mmg saya tak nafi) hihi
act mula2 ingat exam habis 6hb
tapi yang subject 6hb tu xde exam sebab sensei suruh buat report je;
so sementara menanti cik Bila, Syafikah, hanis n Syikin dari nagaoka n tokyo datang;
saya rasa nak buat baito momo ni;
berapa gaji yang dapat tu saya x kisah;
yang penting boleh rasa kerja diladang;
sebab mmg sangat suka tengok buah2 segar ni ;
so selama dua hari bekerja cukup memeritkan, chewah!
tapi betul ni, memang penat habis la;
hari pertama dengan bersemangatnye;
lepas subuh tak tido da;
masak breakfast n pukul 5 pagi dah bertolak ke ladang dengan kete senpai;
pastu makcik yang nak petik momo ni bgtau la sikit2 ape yang saya kene buat;
ingatkan kene petik momo tu;
skali makcik petik, saya susun dalam bekas aje; :P
" senang je" kata saya dalam hati
nampak senang tapi letih tak tertahan
maybe sebab tak tido after subuh n terus keje;
balik pukul 10pagi tu memang saya nampak katil je :(
hari kedua saya da kurang semangat;
tapi buat2 bersemangat;
rasa macam cepatlah berlalu hari kedua tu
sebab tu la last saya kerja;
hari kedua ni lain plak cerita die;
saya mengantuk sangat sampai masa susun buah tu saya tertido;
makcik yang petik tu panggil pon saya tak dengar;
last2 saya dengar makcik tu cakap
"Haiit "
baru la tersedar dari tido;
memang letih! tapi seronok la
sebab kerja susun buah momo ni santai2 je;
lepas je siap susun buah ni;
saya makcik n pakcik2 jepun ni akan g dekat tempat kumpul buah ni;
kat situ saya kene koyakkan kertas merah yang balut buah ni
lepas tu makcik akan tengok buah2 ni;
ade 3 kategori;
1. Yang elok
2. yang biase2
3. yang buruk

ini pokok momo :)

ini buah momo yang siap disusun :)

buah ini saya yang susun :)

inilah buah momo :) siyes sedap !

makcik petik momo, saya susun :)

lepas siap sume saya pon boleh la balik;
dapat 500 yen setiap hari sebagai duit makan;
gaji belum dapat lagi
tak kisah la berapa dapat;
yang pasti saya suka dan seronok diladang momo selama dua hari :)
setelah dua hari berbaito
saya pon tersedar yang saya ni belum bersedia nak bekerja;
baru 2 hari dah letih semacam kan :)
hihi
dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan
semoga amalan semakin bertambah
semoga beroleh hadiah taqwa :)

Wednesday, August 11, 2010

Pertama Ramadhan~

Sayunya rasa hati bila permulaan Ramadhan disambut tanpa keluarga disisi; namun Allah tetap memberi nikmat gembira apabila Ramadhan pertama dinanti penuh debaran dibumi tokyo; tatkala kaki melangkah masuk ke dalam masjid otsuka; terasa hati begitu tenang melihat berdiri kukuh sebuah lagi rumah Allah dibumi tokyo; sementara menunggu pengumuman Ramadhan; saya dan rakan dipertemukan dengan seorang mu'alaf wanita; beliau wanita jepun yang memeluk Islam dan nama Islamnya Zainab; subhanallah; peribadi secantik namanya; lama berbual, terpancar riak-riak gembira diwajah beliau tatkala menunggu imam dibahagian atas mengumumkan bila bermula satu Ramadhan tahun ini; beliau tidak kekok bergaul; ada juga saya bertanya; sama ke hari bermula puasa di jepun dan malaysia; katanya Jepun akan mula puasa sama macam malaysia; sebab jepun akan confirmkan dengan ahli falaq di Malaysia memandangkan negara islam paling dekat dengan Jepun adalah Malaysia; dan apabila imam mengumumkan esok(hari ini) akan bermula satu Ramadhan, mu'alaf tadi terus bersalaman sambil mengucap "Ramadhan kareem" kepada kami; apa yang buat saya terharu; terpancar di wajahnya riak-riak gembira menanti Ramadhan; sedangkan mungkin ada orang yang lahirnya dalam islam masih tidal tahu menghargai Ramadhan; harapan saya semoga Ramadhan kali ini membuahkan takwa dalam diri saya, keluarga,rakan-rakan, guru-guru, senior-senior, junior-junior. Kerana Ramadhan itu hadiahnya takwa~

Sunday, August 8, 2010

-jaulah-

Now dalam train;
Lepas saja exam hari tu;
Kawan2 tersayang datang okayama; sangat hepi; tapi sedih jugak sebab tak boleh bawak diorang g tempat lawa2 kat okayama; g bandar n kurashiki je kan; hari ni macam hari yang paling best lepas exam; sebab setelah banyak merancang cuti; rupanya Allah merancang sesuatu yang lebih baik utk kami; mulanya nak tunggu kawan2 from shiga datang okayama; tapi last2 kami sepakat jumpa di kobe dan jaulah di kobe; subhanallah; serius cantik la kobe ni; mula2 jalan2 ngan 14 orang kawan2 saya; pastu singgah dekat masjid kobe; rasa macam sangat hepi sebab lihat rumah Allah berdiri megah di bumi sakura; lepas tu kami jalan2 lagi ke tabehodai kobe; before ni dengar jugak cerita tabehodai kobe ni sedap sebab banyak seafood kan; masa tu perasaan biasa2 je; sekali tadi sampai sana; kedai die dekat tepi pelabuhan; cantik.cantik.cantik. ;Subhanallah; kebetulan memang saya suka pemandangan yang tenang n relex mcm tu; sebab tu x pilih dai dekat tokyo n pilih okayama; sebab lebih suka duk kampung; dengan rasa lapar dan dahaga; kami pon masuk ke kedai tabehodai ni; saya makan luar biasa kali ni; udang dia sedap; ketam die besar n sedap; sotong goreng enak; banyak sangat bende yang boleh dimakan; Alhamdulillah; kepenatan berjalan terubat dengan makan kat sini; lain kali nak pegi lagi!; yang pasti jaulah kali ni memang best; mungkin sebab lama x jumpa n bila jumpa riuh rendah pulak jadinya; teringat last jaulah ke melaka dulu; kepada yang join jaulah hari ni; farah liana, shikin, hanis,nabila, syafikah, maslinda, dzulaikha, nurrul, syira, ajmal,adiey, ain, nafisah n sohair; terima kasih sayang2 saya; seronok n bersyukur jumpa kamu semua; yang x dapat join tu nanti kita jaulah kat tokyo plak ok? Hihi ; setinggi2 kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberi kami kesabaran, kekuatan berjalan dalam panas, dan nikmat gembira hari ini dan Allah jua yang melancarkan perjalanan jaulah kami; syukur Ya Allah; tapi kan sedih sikit sebab dalam duk sibuk berjalan2 ni; lupa pula nak respond emel yanh patut saya respond; warui ne:( sebab kadang2 baca je emel2 tapi lupa nak respond sebab kadang2 kejar train la sume :) mahu tido dalam bus malam ni; pagi esok insyaAllah sampai tokyo; nice jaulah today; i like~